top of page

BULETIN & AKTIVITI

WhatsApp Image 2024-07-17 at 4.04.13 PM.jpeg

 Program Inisiatif Malaysia-China Institute 

Telah berlangsung Majlis Pelepasan Peserta Program-program Inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) pada 17 Julai 2024 yang bertempat di Manhattan III, Level 14, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Seramai 20 orang pengajar dan 18 orang pelajar dari seluruh Malaysia terlibat dalam program ini.

 

3 orang pengajar dari Jabatan Automotif Kolej MTSA terpilih untuk mengikuti program ini iaitu En. Mohamad Afiq Shakimie bin Mad Aris, En. Muhammad Amirul Fikri bin Zalwani, dan En. Haikal Hafiz bin Zulmuni. Semua perserta akan menjalani kursus selama 3 bulan di Yantai Vocational College China. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta proram yang terlibat.

 Program Kempen Derma Darah 
Pada 2/7/24 jam 9.00 pagi, pihak Hospital Bentong seramai 9 staff termasuk seorang doktor telah tiba di Malaysian Technical Skills Academy Karak. Persiapan tempat telah dilaksanakan oleh pegawai hospital sendiri dan dibantu oleh MPP MTSA. 
 
Kaunter pendafataran telah dibuka untuk penderma dari warga MTSA yang terdiri daripada pelajar dan staff MTSA bermula pada jam 9.35 pagi. Kaunter ujian bagi mengetahui jenis darah penderma dan berat badan penderma sama ada layak atau tidak untuk menderma turut dibuka. 

Kempen derma darah telah berlangsung sehingga 3.00 petang. seramai 38 orang perserta yang terdiri daripada staff MTSA 8 orang dan 30 pelajar MTSA.​ Kempen Derma Darah ini dianjur oleh Encik Nik Muhammad Hashraff Mustaqieem, Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Malaysian Technical Skills Academy Karak.

WhatsApp Image 2024-07-04 at 5.27.44 PM.jpeg
WhatsApp Image 2024-07-04 at 5.27.39 PM.jpeg
WhatsApp Image 2024-07-04 at 5.27.41 PM.jpeg

 MTSA SANDAKAN 

Kerja-kerja renovasi kampus baharu Kolej MTSA Sandakan sedang giat dijalankan oleh kontraktor tempatan bagi pembukaan ambilan batch pertama yang dijangkakan pada awal bulan Ogos 2024 nanti, Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan orang-orang Borneo terhadap komitmen kami berikan bagi mendidik anak-anak mereka untuk mendapatkan kemahiran yang diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.

WhatsApp Image 2024-07-19 at 9.19.48 PM.jpeg

 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 

Pelajar Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak diberikan dua pasang pakaian rasmi yang kemas , selesa dan sesuai untuk datang ke kolej dan melakukan amali di bengkel sepanjang waktu P&P dijalankan. Pelajar dikenakan memakai baju uniform rasmi setiap hari isnin , selasa , khamis dan jumaat seperti mana yang dijadualkan oleh pensyarah.

 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 

Watikah perlantikan pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 24/25. Malaysian Technical Skills Academy yang berlangsung di kampus MTSA Karak.

MTSA Open House
MTSA Open House
MTSA Open House

 RUMAH TERBUKA MTSA 2024 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Malaysian Technical Skills Academy bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Bentong bersama warga kakitangan kolej dan para pelajar telah diadakan pada 7 Mei 2024 bertempat di perkarangan Kolej MTSA.

WhatsApp Image 2024-05-06 at 1.14.19 PM.jpeg
WhatsApp Image 2024-05-06 at 1.14_edited.jpg

 PENDAFTARAN AMBILAN MEI 2024 

Pihak Kolej Malaysian Technical Skills Academy mengucapkan selamat datang kepada pelajar baharu ambilan Mei 2024. Sesi pendaftaran bagi program Servis Diagnostik-Kenderaan Ringan dan Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam telah berlangsung pada 2 Mei 2024 bertempat di perkarangan Kolej MTSA.

MTSA FC
MTSA FC
MTSA FC

 MTSA FC 

Piala Ukhwah 1.0 2024 anjuran MTSA ini disertai oleh 5 pasukan berlainan komuniti iaitu dari Karak, Bentong, Jerantut, Jengka dan Gugusan Lepar Utara.

WhatsApp Image 2024-05-12 at 12.02.50 PM.jpeg

 MTSA COLLEGE SANDAKAN 

MTSA (Sandakan)...di alamat Bangunan Yuan Li, Jalan Bahagian Belakan, Batu 1½ off Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah.. Secara rasminya akan beroperasi pada Jun 2024.. kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dilaksanakan yang dijangka siap pada pertengahan bulan mei.. Bulih ba kalu kau.. Aramaiti.

Logo Malaysia Madani 2.png
logo jpk.png

MTSA COLLEGE (Karak)

13A-1 Jalan Avenue 1,

Karak Avenue 28600 Karak,

Pahang Darul Makmur

Tel : +609 231 7128

MTSA COLLEGE (Bentong)

No. 12-1, Taman Medang Lestari,

Jalan Karak, 28700 Bentong,

Pahang Darul Makmur

Tel : +609 223 9366

MTSA COLLEGE (Sandakan)

Lot 5, Tingkat Bawah Bangunan Yuan Li,

Batu 1½ Jalan Utara Sandakan,

90000 Sandakan, Sabah.

Tel : +608 946 3635

Copyright© 2024 MTSA Collage

LH Skills Academy Sdn. Bhd. (L02731)

  • Facebook
  • TikTok
  • Instagram

Designed by :

Fairuls@GraphCode

bottom of page